Sunday, March 27, 2011

Human Capital Management System (HCMS)

Assalamualaikum wbt...

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa mulai tahun 2011, semua staf USM diwajibkan menggunakan sistem HCMS untuk tujuan penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT). Manual Sasaran Kerja Tahunan sebagai panduan kepada tuan/puan boleh diperolehi dari paparan antaramuka Sistem HCMS iaitu dengan klik pada ikon buku di sebelah atas, kanan.

Untuk menyediakan SKT, tuan /puan perlu mengikuti langkah-langkah berikut iaitu ;

1. Melayari Portal USM 
2. Klick Campus Online/HCMS 
3. Masukkan ID dan Password 
4. Click SKT dan mulakan dengan mengisi Deskripsi Tugas.

Tarikh akhir bagi melaksanakan proses pengisian SKT ke dalam Sistem HCMS ialah sehingga 31 Mac 2011 (Khamis).

Keprihatinan dan kerjasama tuan/puan menjayakan bersama agenda ini amatlah dihargai demi meneruskan kecemerlangan Universiti Sains Malaysia.

Sebarang permasalahan berhubung perkara ini silalah hubungi saya menerusi e-mel (anislan@kb.usm.my) atau Encik Syamsurizan Kashmar Mohd. Nor di sambungan 3055. (Staf Hospital Universiti Sains Malaysia sahaja)

Selamat mengguna.

Terima kasih. 

Haji Anislan Yusof
Timbalan Pengarah UPSM, HUSM.