Untuk makluman Tuan/Puan,
LATIHAN DALAMAN
Sila maklumkan kepada UPSM sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum, berkenaan tarikh program yang akan dilaksanakan dan bagi mendapatkan bekalan dan peralatan yang disediakan oleh Unit Pengurusan Sumber Manusia HUSM ( rujuk perincian catatan yang diluluskan )
Sekiranya program latihan yang akan dilaksanakan tidak menggunakan pendaftaran secara On Line, ( atas sebab penggunaan smart card untuk pendaftaran secara On Line tidak dapat dilaksanakan ) maka tuan/puan perlu melaksanakan pendaftaran secara manual dengan menyediakan senarai nama kehadiran peserta yang lengkap:
Bil | Nama | Jawatan | No Staf | No. K/P | Jabatan/Unit | Tandatangan | |
pagi | petang | ||||||
1 | Ahmad bin Halim | JTMP | HB 20030 | 720103-03-5201 | Makmal Patologi | ||
2 | Razak bin Ali | Pegawai Sains | MA 10335 | 650825-02-5660 | Jabatan Neurosains |
( bagi pensyarah pelatih USM (mempunyai no staf USM) perlulah mendaftar menggunakan no staf bukan no pelajar Sarjana ). Senarai pendaftaran kehadiran ini perlu dilampirkan bersama borang permohonan mata CPD (Penganjur Program) kemudian hantar ke UPSM setelah program dilaksanakan.
Bagi semua program latihan yang dikendalikan secara On Line pendaftaran kehadiran kursus ( KHUSUS program yang diluluskan dibawah peruntukan HUSM 2011 ), perlulah ,mengisi borang memohon mata CPD ( Penganjur Program ) dan dihantar ke UPSM 2 minggu sebelum program dilaksanakan.
Permohonan untuk menggunakan smart card perlu dibuat 2 minggu sebelum program dilaksanakan dengan emailkan kepada Pn. Norazilawati Mohamad : azila@kck.usm.my, Pn. Sabariah Yusak : sabariahy@kck.usm.my, Pn. Zubaidah Hussin : zubaidahh@kck.usm.my
dengan menggunakan SUBJEK: PERMOHONAN SMART CARD: PENDAFTARAN ON LINE
LATIHAN LUAR ( DALAM NEGARA )
Bagi semua program latihan yang dikendalikan secara On Line pendaftaran kehadiran kursus ( KHUSUS program yang diluluskan dibawah peruntukan HUSM 2011 ), perlulah ,mengisi borang memohon mata CPD ( Penganjur Program ) dan dihantar ke UPSM 2 minggu sebelum program dilaksanakan.
Permohonan untuk menggunakan smart card perlu dibuat 2 minggu sebelum program dilaksanakan dengan emailkan kepada Pn. Norazilawati Mohamad : azila@kck.usm.my, Pn. Sabariah Yusak : sabariahy@kck.usm.my, Pn. Zubaidah Hussin : zubaidahh@kck.usm.my
dengan menggunakan SUBJEK: PERMOHONAN SMART CARD: PENDAFTARAN ON LINE
LATIHAN LUAR ( DALAM NEGARA )
1. Bagi latihan anjuran agensi luar USM semua staf jabatan/unit tuan/puan staf HUSM/ staf Bukan Akademik bagi PTJ selain HUSM perlulah memohon permohonan ke UPSM sekurang – kurangnya 2 minggu sebelum tarikh kursus walaupun hanya untuk pelepasan sahaja ( tanpa pembiayaan HUSM)
Mana-mana jabatan yang memohon latihan anjuran luar USM/Attachment luar USM yang yang dirancang dalam perancangan latihan 2011, perlulah memohon secara Ad Hoc dan akan dimajukan untuk pertimbangan pihak pengurusan HUSM.
LATIHAN LUAR NEGARA
1.Permohonan latihan ke luar Negara ( rujuk kelulusan sekiranya ada ) perlulah memohon/sampai ke UPSM 8 minggu sebelum tarikh latihan/kursus . Hanya staf HUSM dan Staf Bukan Akademik PTJ selain daripada HUSM yang telah disahkan ke dalam jawatan sahaja akan diproses permohonannya.
LATIHAN PENJANAAN PENDAPATAN
Mana-mana jabatan/unit yang merancang untuk melaksanakan program latihan penjanaan kewangan ( rujuk kelulusan perancangan latihan ) perlulah berhubung semula dengan Bahagian Latihan UPSM ( Pn. Syuhazlina Marini Awg. Mat dan En. Ahmad Afifi Hj. Ismail ) untuk perbincangan seterusnya sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum program dilaksanakan.
TUNTUTAN BAYARAN
Sebarang urusan tuntutan bayaran ( bil katerer/honorarium/bayaran penginapan penceramah dan lain – lain tuntutan, sebagaimana kelulusan ) perlu dihantar ke UPSM tidak lewat dari sebulan selepas selesai kursus.
Sila pastikan peruntukan yang diluluskan dengan yang dituntut kelak adalah sama.
Sebarang maklumat lanjut/kemusykilan silalah hubungi di sambungan :
3041/ marini@kck.usm.my ( Pn. Syuhazlina ),
3042 ( Pn. Wan Syarifah Aini – Skim U )
3044 ( Pn. Ida Haryati ),
3048/afifi@kck.usm.my ( En. Ahmad Afifi ),
3054 ( Pn. Norazilawati/Pn.Zubaidah/Pn.Sabariah)
3057 ( Pn. Fardilla/ En. Abdul Razak ( 3056 ) – Skim U )
SEKIAN, KERJASAMA DARIPADA TUAN/PUAN AMATLAH DIHARGAI DAN DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH
BAHAGIAN LATIHAN
UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
HOSPITAL USM